Wednesday, September 22, 2010

Lawatan penandaarasan Kelab Pencegahan Jenayah SMK Pasir Putih Tawau,Sabah oleh guru-guru dan murid-murid SK Pasir Putih Tawau,Sabah.



Wednesday, June 2, 2010

Slot 5 Minit Cegah Jenayah: ‘AKADEMIK DAN AKHLAK : Mana Lebih Penting ?


Pendahuluan :
            ADAKAH SMK Pasir Putih Tawau, Sabah telah melahirkan generasi pelajar kurang berdisiplin dan kurang bermotivasi sehingga setiap masa pihak sekolah, khususnya Pihak Pentadbir dan Badan Pengawas perlu mengajar, memarahi, mendenda, mengambil tindakan disiplin seperti gantung sekolah, hukuman rotan serta mengadakan program demi program seperti Kempen Sifar Rokok, Kempen Menghormati Guru dan sebagainya ?
            Kelab Pencegahan Jenayah cuba untuk merungkaikan persoalan-persoalan ini.

Persoalan :
Jika jawapannya ‘tidak’, kenapa pula pelbagai bentuk tindakan, hukuman atau dendaan serta pelbagai program perlu dilancarkan ? dan jika jawapannya ‘ya’, kenapa ia boleh jadi begitu?

Adakah pendidikan kita telah memberi lebih penekanan pada kejayaan akademik sehingga lupa kepada pembinaan sahsiah yang baik serta disiplin yang tinggi?

Hari ini, bermula di peringkat sekolah rendah, ternyata kita memberikan sanjungan yang berlebihan pada mereka yang berjaya dalam bidang akademik.

Friday, May 21, 2010

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) wajar bantu tangani kes buang bayi




PERMASALAHAN sosial di kalangan remaja yang mengakibatkan kelahiran anak luar nikah semakin meningkat. Lantaran itu juga kes membuang bayi baru lahir menjadi semakin sadis. Ini bertambah perit dengan penderaan kanak kanak.

Masa untuk masyarakat menuding cari mencari silap atau mengutuk perilaku itu tidak ke mana jika punca masalah tidak ditangani atau tiada usaha pencegahan dilakukan pelbagai pihak.

Individu, keluarga, masyarakat dan pihak berkuasa mesti berganding bahu menyelesaikan masalah ini. Kita tidak boleh menunggu suatu pihak mengambil tindakan, kemudian baru kita memberi komen atau mengikut sama.

Sudah ada pihak mendirikan pusat pemulihan dan perlindungan bagi kes kes ini. Namun, masyarakat hari ini memerlukan tindakan pencegahan. Program pencegahan memang sukar, namun ia lebih baik daripada mengubati.

Masyarakat semakin sedih dengan tindakan membuang bayi tetapi sayangnya kita tidak sedih dengan perilaku remaja yang tidak mengenal batas pergaulan. Pergaulan bebas mereka hanya dipandang sebelah mata semua pihak seolah-olah tidak boleh ditegur lagi.

Lantaran itu, perlu beberapa tindakan segera dilakukan semua pihak yang prihatin supaya masyarakat sejahtera dapat dikekalkan di negara tercinta ini.

Isu dan masalah ini patut menjadi antara agenda pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk mewujudkan unit dakwah. Unit ini akan menggerakkan program kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap kehidupan sejahtera.
PBT diharap dapat mengadakan program tersusun bagi mencapai objektif menyemai kehidupan sejahtera kepada pelbagai lapisan masyarakat sama ada di kawasan perumahan, industri atau kawasan komersial.

PBT diharap memperuntukkan beberapa papan tanda di kawasan strategik dengan mempromosi tokoh yang berjaya di dalam negara.

Ia memberi pandangan baru kepada masyarakat bahawa PBT bukan saja mencari untung daripada kutipan cukai pintu, malah menampilkan mereka yang berjaya supaya menjadi ikutan dan harapan rakyat.

Tokoh itu boleh diangkat di kalangan akademik, ulama, usahawan mahupun ahli sukan seperti Prof Engku Aziz, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari, Datuk Lee Chong Wei mahupun Datuk Nicole David yang diharap boleh membuka minda masyarakat untuk berusaha mencontohi kejayaan mereka.

Daripada menampilkan artis yang mempromosikan produk tertentu dan tidak membantu kesejahteraan masyarakat, lebih baik PBT mengubah paradigma masyarakat ke jalan yang benar.

dipetik daripada Rencana Berita Harian.