Ragut dan Seluk Saku
Tempat di mana sering berlaku
- Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan di lorong sunyi
- Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal
- Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk.
Bagaimana boleh berlaku
- Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka.
- Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan.
- Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak.
- Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut.
- Meletakkan beg tangan di tempat duduk semasa memandu kereta (passenger seat)
- Sibuk menjawab panggilan telefon /sms sehingga lupa keadaan sekitar.
Cara Pencegahan
- Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang.
- Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal.
- Bagi lelaki, dompet elok disimpan di dalam kocek berbutang.
- Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah atau ketika memandu (Passenger Seat).
- Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak.
- Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam.
- Elakkan dari berjalan di tempat yang sibuk dan berebut-rebut.
- Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda.
- Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga.
- Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya.
0 respon setakat ini.:
Post a Comment